Selasa, 11 Ogos 2015

sejarah tkrs




SEJARAH PENUBUHAN TUNAS KADET REMAJA SEKOLAH ( TKRS )

Tunas Kadet Remaja Sekolah ( TKRS ) ditubuhkan pada 15 Mac 1999. Sekolah yang menjadi sekolah pertama (pengasas) menubuhkan TKRS ialah Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kuala Lumpur. TKRS ditubuhkan khas untuk murid-murid sekolah rendah seperti mana Kadet Remaja Sekolah untuk pelajar-pelajar sekolah menengah sahaja. Antara tujuan TKRS ditubuhkan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar mengenai KRS. Ini kerana TKRS merupakan KRS di peringkat awal ( sekolah rendah ). Kurikulum, matlamat dan objektif serta perjuangan TKRS adalah berdasarkan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Pada awal penubuhan, pasukan ini dinamakan Tunas Kadet Remaja Islam Sekolah ( TKRIS ). Dewasa ini TKRIS dikenali dengan nama Tunas Kadet Remaja Sekolah.





TKRS dan KRS berkongsi logo yang sama. Lihat logo di atas dan cuba fahami maksud yang tersirat padanya.
PENGERTIAN LOGO :
Perisai
Melambangkan benteng ketahanan diri daripada sebarang gejala yang tidak sihat.
Bulan dan bintang
Agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Dua tangkai padi bersilang
Resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan profesional dalam semua tindakan.
Buku terbuka dan rehal
Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan, kaum, agama dan latar belakang budata ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Warna hijau
Alam sekitar yang sihat
Warna Merah
Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara.
Warna kuning
Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara.
Warna putih
Keikhlasan dan kesucian.




Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan ilmu, iman dan amal
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan
chorus :
Remaja, sahutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Remaja, hayatilah budaya
Ilmu, iman dan amal
Kekalkan di hati, dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah




4 ulasan: